Awal hidup dan pendidikan Simone de Beauvoir

Simone de Beauvoir lahir tanggal 9 January 1908 dalam di Paris dalam sebuab keluarga borjuis;[2][3][4] ayahnya Georges Bertrand de Beauvoir merupakan seorang setiausaha dalam firma perundangan[5] manakala ibunya Françoise de Beauvoir (née Brasseur) merupakan anak kepada seorang pegawai bank.

Beliau meneruskan pengajian secara tidak rasmi di École Normale Supérieure sebagai persediaan memasuki peperiksaan pascagraduan penting di negara Perancis - agrégation - dalam bidang falsafah. Di universiti inilah beliau mula mengenali beberapa rakan sekelas yang kemudiannya masyhur, terutamanya Jean-Paul Sartre, Paul Nizan dan René Maheu.

Beauvoir mendapat ijazah dalam bidang falsafah daripada universiti terunggul di Perancis, Sorbonne, pada tahun 1929 di mana beliau lulus dengan cemerlang.

Berkaitan